PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA
- ROBINSON ANAK PAULINE (20DKA20F1007)
- MELVIN TAMIN ANAK UMBOL (20DKA20F1013)
- SONIA DENISSA BINTI MOHROS (20DKA20F1025)
- DENNIS ANAK DAVID (20DKA20F1027)
KEPELBAGAIAN IDEA " BANGSA IDAMAN " DAN PERBAHASAN
Bangsa idaman merupakan sebuah harapan, sebuah idaman, malah sebuah impian dalam mencapai perpaduan antara kaum di Malaysia yang menjadi satu bangsa dan negara. Secara ilmiahnya, konsep ini menjurus kepada sebuah neagra yang berdaulat dengan rakyatnya hidup bersatu padu tanpa dipisahkan oleh sentimen perkauman, keturunan, agama, bahasa, budaya, wilayah dan sebagainya yang dilihat boleh membawa kepada perpecahan. Perbahasan pula merupakan pertukaran fikiran mengenai sesuatu perkara perbuatan atau hal berbahas perdebatan. Perbahasan ini berlaku disebabkan pertemuan antara individu-individu yang tidak sama dari segi taraf sosial dan peranan.
SEBELUM KEMERDEKAAN
Sebelum kemerdekaan wujudnya pergerakan nasionalisme iaitu setiap bangsa masing-masing merancang untuk berjuang mendapatkan kemerdekaan dalam kerangka bangsa idaman masing-masing, yang bermaksud sifat dan wajah bangsa Malaysia yang mereka inginkan adalah sesuai dengan agenda ekonimi, politik, sosial dan budaya masing-masing. Sebagai contoh, di kalangan kelompok strategik nasionalis Melayu terdapat tiga jalur bangsa idaman:
a) Kelompok pertama, ' Melayu Raya ' anjuran kelompok strategik kiri Melayu.
b) Kelopok kedua, ' negara Islam ' anjuran kelompok strategik berorientasikan Islam.
c) Kelompok ketiga, ' masyarakat majmuk pimpinan Melayu ' iaitu kelompok strategik tiga rangkai etnik yang diterima oleh pihak British.
SELEPAS KEMERDEKAAN
Keinginan kolektif untuk mempunyai suatu ' identiti nasional sepunya ' , atau sebuah bangsa tetap diteruskan. Idea dan wancana mengenai identiti nasional sepunya ini adalah sebuah pernyataan mengenai bangsa idaman, atau bangsa Malaysia yang mereka inginkan. Antara konsep " bangsa idaman " utama pasca Merdeka 1957 ialah memperkenalkan konsep ' Malaysian Malaysia ' anjuran kelompok strategik daripada Singapura (awal 1960an) dan daripada Malaysia (akhir 1990an).
SELEPAS DASAR EKONOMI BAHARU (DEB) DIPERKENALKAN
Beberapa idea mewujudkan " bangsa idaman " terhasil melalui pemimpin-pemimpin negara seperti idea Bangsa Malaysia dan Wawasan 2020 hasil cetusan dari Tun Mahathir Mohamad.
MENURUT SHAMSUL AMRI BAHARUDDIN
PROFESSOR DATUK DR. SHAMSUL AMRI BAHARUDDIN
Pembangunan bangunan pasca PRU14 tidak banyak mengalami perubahan. Kepimpinan Mahathir mengekalkan konsep " Malay-led plural society ". Dalam konteks hari ini, konsep bangsa idaman inilah yang diangkat oleh parti-parti politil seperti Bersatu, United Malays National Organisation (UMNO), dan Malaysian Islamic Party (PAS). Menurut beliau lagi, dalam aspek hubungan kemasyarakatan di dalam konteks Malaysia Baharu ini, " inter-ethnic " tetapi meminggirkan peri penting hubungan dalam kaum atau " intra-ethnic ". Kepelbagaian dan perbezaan yang wujud antara kaum di negara ini adalah sesuatu yang perlu diraikan. Namun, menurut Shamsul, kita sering melihat perbezaan-perbezaan ini dalam perspektif yang negatif, bukannya positif. Perbezaan seolah-olah menjadi sesuatu yang perlu dilawan, bukannya disyukuri.
Berdasarkan huraian sebelumnya kami dapat menyimpulkan beberapa hal iaitu seperti berikut maksud bangsa idaman dan perbahasan, konsep-konsep bangsa idaman, menurut Professor Datuk Dr. Shamsul Amri Baharuddin. Selain itu, kita semua hendaklah hormat-menghormati sesama bagi memastikan bangsa idaman ini dapat dikekalkan dan dapat dilangsungkan dengan murni dan bebas setiap kaum dan bangsa. Akhir sekali, kita juga mestilah saling memahami keperluan masing-masing tanpa mengira pangkat, jantina dan sebagainya.
RUJUKAN
1. BUKU
a) Mustaffa, M., MD Radzi, M. B., Ghazali, N., Wan Othman, W. M. T., Ahmat, M. F., & Balya, M.T. (2020). Penghayatan etika dan peradaban. Perpustakaan Negara Malaysia. Bakar, O. (2017) Pengaruh Globalisasi Terhadap Peradaban. Pusat Dialog Peradaban, Universiti Malaya.
b) TOPIK PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK MALAYSIA
2. LAMAN WEB
a) https://anyflip.com/ktufj/vjtw/basic
c) https://ms.wikipedia.org/wiki/Dasar_Ekonomi_Baru
d) http://anyflip.com/ktufj/nlbz/basic
f) https://www.malaysiakini.com/news/484613
g) https://www.researchgate.net/publication/276207395_Wawasan_2020_Negara_Teguh_Bangsa_Terus_Dibina
Comments
Post a Comment